GHAIRAHNYA pada bahasa Melayu masih teguh walaupun pada usia senja.
"Agaknya saya macam sudah hampir sampai di penghujung perjalanan, tapi cinta saya pada bahasa Melayu masih semarak,'' kata Profesor Ding Choo Ming, yang meraih ijazah sarjana muda di Universiti Malaya (1971) selanjutnya ke Universiti Kebangsaan Malaysia bagi ijazah sarjana (1988) dan doktor falsafah (Ph.D, 1994).