PENYERTAAN Brunei Darussalam dalam Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia memang sudah lama dijangka.
Dalam ucapannya menyambut kemasukan Brunei ke Majlis Kebahasaan Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia (Mabbim), ketua sidang, sambil mengalu-ngalukan kemasukan Brunei, menyatakan juga harapannya agar Singapura (yang pada hari itu hadir sebagai pemerhati) akan segera mengikut jejak Brunei.