Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Untung UOB susut 2% bagi suku pertama 2024

May 08, 2024 | 07:14 PM



Bank UOB mengalami permulaan agak suram pada 2024, dengan margin daripada kadar faedah yang berkurangan, walaupun pinjaman kian meningkat dan pendapatan yuran bertambah.

Keuntungan bersih UOB bagi suku pertama 2024 turun 2 peratus kepada $1.49 bilion, lebih rendah berbanding $1.51 bilion yang diraih bagi suku pertama 2023, menurut bank tersebut pada 8 Mei.

Namun, hasil UOB lebih baik daripada jangkaan, mengatasi anggaran $1.43 bilion secara purata, yang diramal tiga penganalisis yang ditinjau oleh LSEG, lapor The Straits Times (ST).


Tidak termasuk kos daripada penyepaduan unit pengguna Citigroup dalam empat pasaran Asean, keuntungan bersih bank itu mencecah $1.57 bilion, susut 1 peratus bagi suku pertama 2024, berbanding suku pertama 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UOB, Encik Wee Ee Cheong, berkata bahawa perniagaan perbankan runcit UOB mencatat prestasi baik, manakala perniagaan pengurusan harta kekayaan bank itu kian rancak.

Di samping itu, perniagaan penjualan produk insurans oleh bank itu terus kukuh, berkembang dengan peratusan dua angka pada suku tersebut, berbanding suku pertama 2023 bagi semua pasarannya.

“Kami melihat semakin banyak permintaan bagi produk pelaburan, kebanyakannya dalam pendapatan tetap dan produk berstruktur. Terdapat potensi untuk melakukan lebih banyak lagi,” katanya.

Aset di bawah pengurusan UOB meningkat 11 peratus kepada $179 bilion bagi suku pertama 2024, berbanding suku pertama 2023.

Bank tersebut memperoleh aliran masuk wang baru bersih sebanyak $3 bilion pada suku pertama 2024 dan berharap lebih banyak deposit akan ditukar kepada pelaburan dalam produk pengurusan harta kekayaan bank itu.

Dalam satu taklimat, Encik Wee berkata: “Melihat ke hadapan, tahun 2024 adalah baik sejauh ini. Walaupun persekitaran operasi pada masa depan tidak menentu, kami akan terus berwaspada dan kekal lincah.

“Dengan asas Asean yang kukuh, kami terus yakin dengan prospek asas rantau ini.”

Pendapatan faedah bersih UOB susut 2 peratus kepada $2.36 bilion, sedang margin faedah bersih (NIM) bank itu – pengukur utama bagi keuntungan sesebuah bank, turun kepada 2.02 peratus, lebih rendah daripada 2.14 peratus bagi suku pertama 2023, dan tidak berubah berbanding suku akhir 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >