Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

S’pura bandar keempat terkaya di dunia, atasi London

May 08, 2024 | 06:08 PM



Singapura disenarai sebagai bandar keempat terkaya di dunia, mengatasi London, menurut firma penasihat kewarganegaraan dan penduduk sejagat, Henley and Partners.

Menurut Laporan Bandar Terkaya Dunia 2024 yang dikeluarkan firma tersebut, seramai 3,400 individu mewah atau individu yang mempunyai nilai bersih tinggi (HNWI), berpindah ke Singapura pada 2023.

Singapura, yang sering dianggap sebagai bandar paling mesra perniagaan di seluruh dunia, kini menjadi tempat tinggal bagi seramai 244,800 jutawan pemastautin, iaitu individu dengan harta kekayaan sebanyak AS$1 juta ($1.35 juta) atau lebih yang boleh dilabur, 336 jutawan yang mempunyai kekayaan AS$100 juta atau lebih yang boleh dilabur, dan 30 bilionair dengan kekayaan sebanyak AS$1 bilion atau lebih yang boleh dilabur.

Ini menyusuli peningkatan mengagumkan sebanyak 64 peratus dalam bilangan jutawan sepanjang 10 tahun lalu dari 2013 hingga 2023, dengan Singapura dijangka mengatasi Tokyo sebagai bandar terkaya di Asia tidak lama lagi, lapor The Straits Times (ST).


Tokyo, yang pernah menjadi bandar terkaya di dunia sedekad lalu, mempunyai bilangan jutawan pemastautin yang turun 5 peratus dalam tempoh 10 tahun yang sama.

Ia kini menduduki tempat ketiga dengan 298,300 jutawan, 267 jutawan dengan kekayaan AS$100 juta, dan 14 bilionair.

London, yang pernah menjadi bandar terkaya di dunia selama bertahun-tahun, terus mengalami ranking yang merosot.

Ia kini menduduki tempat kelima dengan 227,000 jutawan, 370 jutawan dengan kekayaan AS$100 juta, dan 35 bilionair - penurunan 10 peratus sejak sedekad lalu.

Sementara itu, Hong Kong jatuh empat anak tangga dalam tempoh 10 tahun tersebut dan kini menduduki tempat kesembilan di peringkat sedunia, dengan 143,400 jutawan, 320 jutawan dengan kekayaan AS$100 juta, dan 35 bilionair.

China menunjukkan prestasi baik dalam ranking terkini. Beijing mempunyai seramai 125,600 jutawan dan berjaya menembusi kelompok 10 negara terkaya buat kali pertama, berikutan bilangan jutawannya yang meningkat sebanyak 90 peratus sejak sedekad lalu.

Shanghai, Shenzhen, Guangzhou dan Hangzhou turut mencatat peningkatan ketara dalam penduduk bertaraf jutawan.

Ketua penyelidikan di firma risikan data sedunia, New World Wealth, Encik Andrew Amoils,  yang bekerjasama dengan syarikat Henley dalam menyiapkan laporan tersebut, berkata Shenzhen merupakan bandar yang mempunyai bilangan jutawan yang paling pesat berkembang di seluruh dunia.

Bilangan jutawan di bandar tersebut melonjak sebanyak 140 peratus sepanjang 10 tahun lalu.

New York City terus berada di kedudukan teratas di seluruh dunia, dengan harta kekayaan dimiliki penduduknya melebihi AS$3 trilion, lebih tinggi daripada jumlah kekayaan yang dimiliki kebanyakan negara Kumpulan 20 (G-20).

Ia mempunyai seramai 349,500 jutawan, 744 jutawan dengan kekayaan AS$100 juta, dan 60 bilionair.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >