PENDAPATAN yang diraih oleh penjaja di sekitar Geylang Serai menerusi kaedah khidmat penghantaran makanan dalam talian rata-rata tidak begitu ketara dalam Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) kini.
Beberapa penjaja yang ditemui Berita Harian (BH) baru-baru ini berkata, dalam sehari mereka hanya menerima antara satu dengan lima tempahan sahaja menerusi wadah dalam talian. Jumlah itu membentuk antara 5 dengan 10 peratus tempahan keseluruhan.