Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pengamat saran cara raih pulangan simpanan CPF lebih tinggi

Dec 20, 2023 | 04:17 PM



Kadar faedah yang dibayar ke Akaun Biasa (OA) Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan kekal pada 2.5 peratus pada Januari.

Ini walaupun kadar faedah bagi Akaun Persaraan (RA) akan dinaikkan buat kali pertama sejak 2008. Demikian diumumkan pemerintah pada 6 Disember.

Kadar faedah RA akan dinaikkan daripada 4 peratus kini kepada 4.08 peratus mulai Januari 2024, menurut laporan The Straits Times (ST).


Bagaimanapun, kini terdapat gesaan semakin kuat agar kadar faedah OA juga dinaikkan, dengan perbincangan sama ada masanya sudah tiba untuk menyemak formula mengira kadar faedah simpanan CPF.

Pada masa sama, pemerintah juga kini turut menyediakan pilihan pelaburan lebih meluas bagi simpanan CPF bagi rakyat Singapura.

Oleh itu, pencarum CPF boleh melabur simpanan OA mereka dalam instrumen lain untuk meraih pulangan lebih lumayan.

Akta CPF menetapkan kadar faedah minimum 2.5 peratus bagi semua akaun CPF, termasuk OA.

Kadar faedah OA tidak pernah melebihi paras itu sepanjang dua dekad lalu, walaupun pencarum CPF berusia bawah 55 tahun menikmati faedah tambahan 1 peratus setahun bagi $20,000 pertama dalam OA.

Profesor Madya Chia Ngee Choon daripada Jabatan Ekonomi Universiti Nasional Singapura (NUS) menyatakan ramai pencarum sudah pun melabur simpanan OA dalam pasaran bon, termasuk Bil Perbendaharaan (T-bill) dan bon pemerintah Singapura, dan meraih pulangan lebih tinggi.

Beliau berpendapat formula mengira kadar faedah OA perlu diperluas untuk merangkumi sekuriti pemerintah, di samping kadar faedah simpanan dan simpanan tetap ketika ini, untuk lebih mencerminkan suasana pelaburan semasa.

Ini juga akan memberi manfaat kepada mereka yang kurang mahir dari segi kewangan dan tidak biasa dengan instrumen T-bill dan bon pemerintah, tambahnya.

Pencarum CPF boleh meraih pulangan lebih tinggi bagi simpanan mereka dengan beberapa cara. Antaranya ialah menyimpan dana OA sebagai simpanan tetap di bank dan menyertai Skim Pelaburan CPF (CPFIS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >