Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pendapatan pelancongan 2023 S’pura $27.2b, boleh capai rekod $29b pada 2024

Angka ‘hampir sama’ paras sebelum Covid-19; Grace Fu bentang strategi
serampang tiga mata untuk teruskan usaha pertingkat daya saing
May 10, 2024 | 03:46 PM



Pendapatan sektor pelancongan Singapura pada 2023 melebihi ramalan dan “hampir sama” dengan paras sebelum Covid-19, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, pada 10 Mei.

Ia berjumlah $27.2 bilion, kurang sedikit daripada $27.7 bilion yang dicapai pada 2019 tetapi lebih tinggi daripada ramalan awal antara $24.5 bilion dengan $26 bilion.

Bagi 2024, Singapura boleh berasa “optimistik” tentang ketibaan pelawat antarabangsa, walaupun “persekitaran sejagat tidak menentu dan persaingan sengit”, kata Cik Fu.

Beliau berkata demikian dalam Persidangan Industri Pelancongan 2024 anjuran Lembaga Pelancongan Singapura (STB), lapor The Business Times.


Hingga April lalu, Singapura menerima 5.7 juta pelancong, iaitu kira-kira 90 peratus daripada angka pada tempoh yang sama pada 2019.

Ketibaan lebih separuh daripada 15 pasaran pelancong teratas Singapura telah mencapai atau melebihi tahap prapandemik, dengan pemulihan paling kukuh dalam bilangan pelancong Malaysia, Jerman, Australia dan United Kingdom.

“Kami juga melihat tanda-tanda menggalakkan dari China, yang menyaksikan ketibaan pulih kepada 80 peratus daripada tahap prapandemik,” kata beliau lagi.

Ketua Eksekutif STB, Cik Melissa Ow, berkata agensi itu menjangka 15 juta hingga 16.5 juta ketibaan pelancong dan $27.5 bilion hingga $29 bilion pendapatan pelancongan pada 2024.

“Ini pencapaian bermakna kerana melebihi batas ramalan kami. Jika kami mencapainya bersama-sama, ia akan menjadi rekod baru bagi pelancongan Singapura,” kata Cik Ow.

Untuk baki 2024, acara penting termasuk edisi ketiga, Wellness Festival Singapura, Konvensyen Antarabangsa Rotary 2024, yang dijangka menarik lebih 13,000 perwakilan, dan pameran sulung perdagangan logistik, CeMAT Asia Tenggara 2024.


Meskipun Singapura mengekalkan rentak pemulihannya, “kita mesti meneruskan usaha meningkatkan daya saing kita”, ujar Cik Fu.

Beliau menetapkan strategi serampang tiga mata yang terdiri daripada projek prasarana baru, perkongsian untuk menyegarkan tawaran pelancongan dan meningkatkan pemasaran, dan membangunkan peneraju industri.

Pertama, projek prasarana baru termasuk tarikan kesihatan berhampiran Bendungan Marina. STB akan menawarkan tender dalam beberapa bulan akan datang.

Pengeluar kereta Jerman, Porsche, juga bersedia melancarkan “kemudahan pengalaman langsung” di Changi menjelang 2027, yang membolehkan pelawat memandu uji kereta Porsche pada kelajuan 200 kilometer sejam.

Kedua, STB menyokong rakan kongsi industri meningkatkan penawaran pelancongan.

Sebagai contoh, dua memorandum persefahaman (MOU) telah ditandatangani pada 10 Mei, disaksikan oleh Cik Fu.

Yang pertama antara STB, Marina Bay Sands dengan UOB, untuk menambah baik kawasan Marina Bay.

MOU kedua melibatkan STB, Sentosa Development Corporation, Resorts World Sentosa dan DBS, untuk kawasan Sentosa.

Ketiga, STB akan melancarkan Program Kepimpinan Pelancongan (TLP) menjelang suku keempat 2024, bagi menyokong pembangunan pemimpin tempatan dalam industri pelancongan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >