Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Lebih banyak niaga F&B S’pura berkembang ke luar negara

Apr 24, 2024 | 04:21 PM



Pemerintah merancang membantu lebih banyak perniagaan makanan dan minuman (F&B) Singapura berkembang ke luar negara.

Eksport makanan telah berkembang pada kadar melebihi 11 peratus setiap tahun sejak 2020, dan makanan dari Singapura kini boleh didapati di lebih 120 pasaran di seluruh dunia, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, sambil menyebut perangkaan Tinjauan Pengeluaran Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) Singapura pada 2023.

Disebabkan budaya makanan Singapura yang tersendiri, dan rangkaian Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) Singapura yang semakin meluas, syarikat makanan dan minuman boleh memanfaatkannya sebagai “batu loncatan” untuk masuki pasaran antarabangsa, kata Cik Low semasa pameran perdagangan makanan dan minuman antarabangsa FHA-Food & Beverage di Singapore Expo pada 23 April.

Singapura menandatangani FTA pada 2023 dengan empat negara Amerika Selatan iaitu Argentina, Brazil, Paraguay dan Uruguay (MCSFTA), yang membantu syarikat tempatan memperoleh akses kepada pasaran di negara tersebut.

FTA Mercosur-Singapura (MCSFTA) itu juga bertujuan memudahkan aliran perdagangan lebih besar melalui tarif lebih rendah, membolehkan pengeksport makanan dan minuman membayar cukai lebih rendah untuk masuki pasaran tersebut, lapor The Straits Times (ST).


“Di bawah strategi Perdagangan 2030 kami, kami akan terus meluaskan liputan geografi bagi perjanjian dagangan kami untuk membolehkan perdagangan makanan memasuki dan keluar dari Singapura dengan lancar,” kata Cik Low.

Pameran perdagangan anjuran syarikat Informa Markets itu berlangsung dari 23 hingga 26 April.

Pada pameran perdagangan itu, syarikat pengeluar makanan mempamer pelbagai produk mereka kepada sekitar 60,000 pelawat tempatan dan antarabangsa, mengakses ramai pembeli antarabangsa seperti pasar raya, pengedar dan malah, restoran atau hotel yang berminat mengimport produk mereka.

Pameran tersebut “menghubungkan pembeli dengan penjual, dan syarikat permulaan dengan pelabur”, kata pengarah acara layanan pelanggan, makanan dan minuman Informa Markets bagi Singapura, Cik Janice Lee.

Pameran tersebut berjaya menarik lebih 1,600 peserta pameran dari lebih 52 negara, tambahnya.

Pada pameran itu, Enterprise Singapore (EnterpriseSG) telah menganjurkan satu Pameran Makanan Masa Depan dengan kerjasama syarikat Sats, yang menyediakan sajian menu makanan yang boleh dicuba, antaranya, protein alternatif seperti cengkerik panggang dan daging berasaskan tumbuhan.

Antara sajian yang dipamerkan ialah mi Bamnut goreng oleh syarikat pemula teknologi makanan tempatan, WhatIF Foods.

Sajian mi tersebut diperbuat daripada kacang tanah Bambara yang dihiasi cengkerik panggang dari syarikat Altimate Nutrition. Kacang tanah itu boleh tumbuh segar dengan jumlah air minimum.

Altimate Nutrition adalah syarikat pemula berpangkalan di Singapura yang membuat pelbagai produk makanan daripada serangga seperti cengkerik, yang ternakannya menjimat air dan ruang, berbanding ternakan lembu.


Syarikat itu merancang berkembang ke Britain dan menawarkan produknya termasuk serbuk protein dan bar protein cengkerik di gimnasium dan kedai kesihatan di sana, kata pengarah Altimate Nutrition, Encik Hiew Yuen Sheng.


Beliau menambah bahawa lebih mudah untuk memasuki pasaran di Britain kerana budaya memakan serangga yang “semakin berkembang” di beberapa negara Eropah, berbanding penduduk Singapura yang keberatan memakan serangga, disebabkan kurangnya perniagaan sedemikian dan budaya lemah di sini untuk mencuba makanan protein alternatif sedemikian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >