Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kemudahan latih tenaga maritim baru ditubuhkan

Apr 15, 2024 | 05:21 PM



Satu kemudahan latihan tenaga maritim baru akan ditubuhkan di Singapura secara berperingkat menjelang 2026 untuk melengkapkan pekerja maritim dengan kemahiran mengendali bahan api marin yang bersih.

Kemudahan tersebut adalah hasil kerjasama antara Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) dengan 22 rakan perniagaan, termasuk pengeluar enjin marin utama, persatuan perdagangan, kesatuan sekerja dan institut pengajian tinggi.

Menurut MPA, sekitar 10,000 pelaut dan kakitangan maritim dijangka dilatih di kemudahan itu dari sekarang hingga 2030-an, kerana beberapa kursus dan kemudahan latihannya sudah tersedia, lapor The Straits Times (ST).


Mengumumkan kemudahan baru itu semasa majlis pembukaan Minggu Maritim Singapura pada 15 April di Pusat Konvensyen Suntec, Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Kedua Kewangan, Encik Chee Hong Tat, berkata kemudahan itu akan membawa Singapura selangkah lebih dekat untuk menjadi hab latihan maritim di rantau ini.

Kemudahan itu akan membolehkan pelaut meraih kemahiran yang diperlukan untuk mengendali bahan api alternatif, tambah beliau.

Terletak di beberapa lokasi berbeza di Singapura, kemudahan itu termasuk simulator enjin marin dua jenis bahan api baru untuk memudahkan latihan pengendalian dan pengisian bahan api kapal secara selamat, di samping pengurusan insiden dalam penggunaan bahan api alternatif, kata MPA.

Ciri-ciri lain kemudahan tersebut termasuk bilik enjin bersepadu dan simulator jambatan oleh Akademi Maritim Singapura (SMA) di Politeknik Singapura bagi latihan pengurusan sumber kakitangan, dan kemudahan latihan keselamatan gas dan kebakaran di Poly Marina kendalian SMA.

Ia juga menyediakan latihan berasaskan senario yang dibantu teknologi realiti terimbuh (AR) yang dibangunkan oleh Pusat Kecemerlangan dalam Keselamatan Maritim Politeknik Singapura (SP).

Menurut MPA, kemudahan itu ditubuhkan berdasarkan cadangan oleh Panel Penasihat Tiga Pihak yang dibentuk pada awal 2023 untuk mengenal pasti kemahiran baru yang diperlukan tenaga kerja maritim.

Contohnya, kakitangan maritim boleh mendaftar bagi kursus kendalian SMA mengenai pengendalian metanol sebagai bahan api kapal mulai April 2024 – kursus pertama seumpamanya di Asia-Pasifik.

Kemudahan itu juga akan memanfaatkan pelbagai aset dan teknologi latihan milik rakan perniagaan untuk meningkatkan kemahiran tenaga pekerja di peringkat sedunia.

Setiausaha agung Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO), Encik Arsenio Dominguez, berkata syarikat yang menjadi penggerak awal dalam industri tersebut perlu membuat “pelaburan betul”, termasuk melatih pelaut untuk mengendali teknologi baru sebagai huraian jangka panjang dalam sektor tersebut.

Dalam ucapannya pada Minggu Maritim Singapura, Encik Chee menarik perhatian terhadap pertumbuhan berterusan pelabuhan Singapura pada suku pertama 2024.

Jumlah ketibaan kapal di sini meningkat sebanyak 7.3 peratus kepada 792.62 juta tan kasar pada suka pertama 2024 berbanding suku pertama 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >