Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Harga beras lonjak, namun pengendali restoran lihat kesan masih terhad

Sep 11, 2023 | 03:38 PM



Lonjakan harga beberapa jenis beras boleh memberi kesan lebih luas pada kos makanan, kata beberapa penganalisis.

Buat masa ini, pengendali restoran di Singapura berkata bahawa kesan kos pembekal mereka terhad.

Pengendali restoran tersenarai yang bercakap kepada akhbarThe Business Times berkata sumber pembekal beras mereka sebahagian besarnya tidak terjejas dengan lonjakan harga beras putih Thailand serta larangan eksport India bagi beras putih bukan basmati – kategori eksport beras terbesar di Asia Tenggara.


Syarikat Japan Food Holdings, antara dalam senarai Catalist – yang memenuhi keperluan perusahaan pesat berkembang – berkata ia menggunakan beras bijiran pendek dari Jepun dan tidak terjejas dengan peningkatan harga beras.

Ketua eksekutif Japan Food Holdings, Encik Takahashi Kenichi, berkata bahawa harga “agak stabil” dengan kebanyakan peningkatan akibat inflasi.

Walaupun Japan Food Holdings mempunyai sumber beras lain selain Jepun, Encik Kenichi berkata bahawa Thailand dan India bukan di kalangan sumber itu.

“Kebanyakan restoran kami menghidangkan ramen, jadi perubahan pada harga beras (belum) tidak menjejas kos kami,” katanya.

Pengarah operasi Kumpulan Katrina, Cik Amy Kuan, berkata kumpulan itu mengurus peningkatan harga dengan ‘mengunci’ harga dengan pengedarnya untuk “tempoh tetap”.

Kumpulan itu menggunakan beras jasmin Thailand dengan sumbernya menerusi seorang pengedar Singapura yang bekerja langsung bersama seorang pembekal Thailand.

Cik Kuan percaya kesan kenaikan harga adalah minimum kerana “hubungan kukuh” kumpulan itu bersama pengedar.

Kumpulan Katrina mengendalikan restoran di Singapura dan Indonesia, menawarkan pelbagai jenis hidangan termasuk makanan Asia Tenggara, Cina dan Jepun.

Harga beras baru-baru ini naik ke paras tertinggi dalam hampir 15 tahun.

Persatuan Pengeksport Beras Thailand menyatakan bahawa harga untuk beras putih Thailand melonjak kepada AS$648 bagi satu tan pada awal Ogos – paras tertinggi sejak Oktober 2008.

Indeks Harga Semua Beras Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) meningkat 9.8 peratus pada Ogos kepada 142.4 mata. FAO, agensi makanan bagi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, mengesan harga beras melalui indeks tersebut.

Angka itu telah naik kepada 31.2 peratus dan kini berada di paras tertinggi dalam 15 tahun.

Peningkatan itu telah menyebabkan lonjakan harga di Thailand.

Pemerhati pemasaran berkata bahawa lonjakan harga mungkin akibat pihak penguasa di Thailand yang menggalakkan petani beralih kepada tanaman yang memerlukan kurang air sebagai persediaan terhadap fenomena cuaca El Nino yang mengakibatkan keadaan lebih kering.

Thailand adalah pengeksport beras kedua terbesar di dunia selepas India.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >