Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Google buang pekerja lagi dalam usaha kurangkan kos niaga

Apr 18, 2024 | 05:25 PM



NEW YORK: Syarikat pencarian Internet, Google, memberhentikan sebilangan lagi pekerja yang jumlahnya belum ditetapkan, menandakan langkah terbaru firma gergasi teknologi itu mengurangkan pekerja dalam usahanya mengurangkan kos niaga.


Seorang jurucakap Google pada 17 April berkata pemberhentian itu tidak menjejas keseluruhan syarikat tersebut.

Pekerja yang terjejas boleh memohon peranan kerja dalaman, namun jurucakap syarikat milik Alphabet tidak menyatakan bilangan pekerja atau pasukan yang terjejas dengan pembuangan pekerja tersebut.

Sebilangan kecil daripada peranan pekerjaan yang terjejas akan dipindahkan ke hab pelaburan syarikat Google, termasuk di India, Chicago, Atlanta dan Dublin.

Pemberhentian kerja itu, yang menyusuli langkah serupa oleh Google sebelum ini dan pelbagai syarikat dalam industri teknologi dan media pada 2024, menambah kebimbangan bahawa lebih ramai pekerja dijangka hilang pekerjaan sedang banyak syarikat kini berdepan ekonomi tidak menentu.

“Sepanjang separuh kedua 2023 dan hingga 2024, beberapa pasukan kami membuat perubahan untuk menjadi lebih cekap dan bekerja dengan lebih baik, menyingkir lapisan (pekerjaan) dan menyelaras sumber untuk mengutamakan produk (dengan permintaan) terbesar,” tambah jurucakap itu.

Pekerja yang terjejas melibatkan beberapa pasukan Google dalam bahagian hartanah dan kewangan, menurut laporan Business Insider pada 17 April.


Pasukan kewangan yang terjejas termasuk perbendaharaan, khidmat perniagaan, dan operasi tunai pendapatan Google, tambahnya.

Ketua kewangan Google, Cik Ruth Porat, menghantar e-mel kepada semua kakitangan yang menjelaskan bahawa penyusunan semula pekerjaan di syarikat itu termasuk mengembangkan pertumbuhan ke Bangalore, Bandar Mexico dan Dublin, menurut laporan Business Insider.


Januari lalu, Google memberhentikan ratusan pekerja yang menjejas pelbagai pasukan, termasuk pasukan kejuruteraan, perkakasan dan mereka yang bekerja bagi projek Google Assistant, iaitu pembantu maya kawalan suara.

Langkah itu diambil sedang syarikat tersebut meningkatkan pelaburan untuk membangunkan khidmatnya dalam kecerdasan buatan (AI).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Google, Encik Sundar Pichai, dilaporkan memberitahu pekerja pada awal 2024 bahawa lebih ramai pekerja syarikat itu dijangka diberhentikan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >