Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Eksport utama S’pura susut 20.7% pada Mac

Apr 17, 2024 | 04:53 PM



Eksport domestik bukan minyak (Nodx) Singapura menjunam 20.7 peratus pada Mac daripada asas tinggi setahun lalu, sedang kedua-dua kiriman barangan elektronik dan bukan elektronik merosot.

Penguncupan bagi Nodx itu menyusuli kemerosotan eksport yang disemak sebanyak 0.2 peratus pada Februari dan lebih teruk daripada ramalan penguncupan 7.4 peratus oleh penganalisis dalam tinjauan Bloomberg, lapor The Straits Times (ST).


Menurut Enterprise Singapore (EnterpriseSG) pada 17 Mac, penurunan eksport pada Mac sebahagian besarnya didorong eksport bukan elektronik, termasuk kiriman produk farmaseutikal, walaupun kiriman barangan elektronik juga merosot.

Nodx bukan elektronik menguncup sebanyak 23.2 peratus pada Mac 2024 berbanding Mac 2023, melanjutkan penurunan 1.7 peratus pada Februari.

Penghantaran daripada segmen farmaseutikal yang tidak menentu menjunam 70.3 peratus ($2.1 bilion) manakala eksport struktur kapal dan bot merosot 99.8 peratus ($900 juta), menyumbang kepada penurunan besar dalam penghantaran barangan bukan elektronik.

Kedua-dua segmen itu merosot daripada asas tinggi pada 2023.

Eksport elektronik terus susut 9.4 peratus pada Mac 2024 berbanding Mac 2023, mengakhiri pertumbuhan positif selama dua bulan pada Februari (5.2 peratus) dan Januari (0.6 peratus).

Peralatan telekomunikasi, litar bersepadu (IC), dan diod (peranti semikonduktor) serta transistor menyumbang terbanyak kepada penurunan itu.

Peralatan telekomunikasi turun sebanyak 38.8 peratus ($100 juta), diod dan transistor sebanyak 11 peratus, dan IC, yang membentuk sekitar separuh daripada Nodx elektronik, susut 8 peratus ($100 juta​).

Litar bersepadu, biasanya dipanggil cip atau mikrocip, adalah komponen penting dalam pelbagai peranti elektronik.

Berdasarkan bulanan, Nodx susut 8.4 peratus pada Mac, lebih buruk daripada penurunan 4.9 peratus pada Februari.

Dari segi nilai, Nodx mencecah $13 bilion pada Mac 2024 – lebih rendah berbanding $14.2 bilion pada Februari, dan $15.7 bilion yang dicatat pada Mac 2023.

Dari segi pasaran, penghantaran ke 10 pasaran utama Singapura susut, terutama disebabkan kiriman ke Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun yang berkurangan.

Namun, Nodx ke China tumbuh 11.9 peratus pada Mac, selepas susut 0.1 peratus pada Februari.

Namun, Nodx ke Hong Kong meningkat 16.5 peratus, dan ke Taiwan tumbuh 2 peratus, memberi gambaran cerah bagi eksport Singapura pada Mac.

Jumlah dagangan turun 1.8 peratus pada Mac kepada $106.9 bilion, selepas meningkat 3.5 peratus pada Februari, sedang kedua-dua import dan eksport merosot.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >