Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

CEO Apple temu Jokowi, bincang peluang pelaburan

Apr 17, 2024 | 06:08 PM



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Encik Tim Cook, telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo pada 17 April, sedang firma gergasi teknologi itu meneroka peluang pelaburan dalam ekonomi terbesar Asia Tenggara itu.

Ini dilakukan Encik Cook dalam usaha mempelbagai rantaian bekalannya di negara lain, selain China.

Lawatan tersebut dibuat ketika pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, berusaha meningkatkan peranan rakan dagangan Asia yang lain dalam memastikan rantaian bekalan teknologi di seluruh dunia, untuk mengurangkan kebergantungan Amerika kepada China, lapor The Business Times (BT).


Encik Cook berkunjung ke istana Presiden Indonesia di ibu kota Jakarta untuk bertemu Encik Jokowi, pemimpin yang bakal melepaskan jawatannya tidak lama lagi, dan diketahui giat meningkatkan sektor teknologi yang sedang berkembang.

“Indonesia adalah pasaran sangat penting bagi kami. Kami berbincang mengenai keinginan Presiden untuk melihat perkilangan (Apple) di negara ini. Ia sesuatu yang akan kami teliti,” kata Encik Cook kepada wartawan.

“Saya rasa keupayaan pelaburan di Indonesia tiada penghujungnya. Kami percaya kepada negara ini,” tambahnya.

“Ia adalah dialog mengenai betapa besar potensi yang ada dalam negara ini dan komitmen kami kepada negara ini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >