PENGALAMAN melatih dan mengembangkan bakat barista di sebuah syarikat kopi berbilang negara telah menanam minat mendalam dalam bidang perkhidmatan bagi diri Syed Muhammad Asyraf Syed Rithwan.
Menyedari pengalaman dan minatnya itu boleh 'didagangkan' bagi membantu kafe lain, Syed Muhammad Asyraf menubuhkan perniagaan runding cara kopi, Blue Collar Collaborative, pada 2010.