KADAR pengangguran di Singapura berkurangan tetapi jumlah pekerja yang diberhentikan bertambah disebabkan penyusunan semula perniagaan dalam suku ketiga tahun ini.
Anggaran awal Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menunjukkan pengangguran mencecah 1.9 peratus September lalu, susut sedikit daripada 2 peratus pada Jun.