HARGA flat jualan semula terus jatuh - sebanyak 1.6 peratus - pada suku ketiga tahun ini, menurut ramalan awal Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) semalam.
Ini suku kelima berturut-turut harga flat jualan semula jatuh. Pada suku kedua tahun ini, ia menguncup 1.4 peratus, sementara pada suku pertama ia turun 1.6 peratus.