APABILA bapanya jatuh sakit kerana angin ahmar dua tahun lalu, Encik Muhammad Irfan Muhammad Mazlan terpaksa mengambil alih perniagaan sate itu meskipun perlu membahagikan masa sebagai pelajar di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat.
Tetapi jerih payahnya mengendalikan perniagaan sate, Satay@D'Rubinah di Sembawang Road, membuahkan hasil apabila beliau dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Usahawan Pelajar Persatuan Syarikat Kecil dan Sederhana (Asme)-ITE bagi kolejnya semalam.