KEDAI dan restoran produk pertanian Agrobazaar Malaysia di sini telah mencapai matlamat penjualannya lebih awal daripada dijangka, menurut pengurusnya, Encik Mohamad Shukri Ahmad.
Penjualan kedai berkonsep frucerant, iaitu gabungan kedai buah-buahan, barang runcit dan restoran, di Sultan Gate itu, sejak dibuka Julai lalu mencapai matlamat penjualan yang ditetapkan bagi tempoh Julai hingga Disember ini, ujar beliau.