LEBIH separuh, iaitu 51 peratus, syarikat kecil dan sederhana (SME) di Singapura akan menyemak model perniagaan mereka sebagai strategi perniagaan utama dalam menangani tekanan kos perniagaan dan tenaga buruh tinggi, menurut satu tinjauan.
Isu tenaga buruh masih menjadi cabaran utama SME di sini, dengan 49 peratus menyatakan kesukaran mendapatkan pekerja sebagai kebimbangan utama mereka. Ini diikuti cabaran kos tinggi tenaga buruh.