WASHINGTON: Jangkitan baru Ebola di Liberia, negara yang paling teruk terjejas dengan wabak itu, kelihatan berkurangan buat pertama kali dalam beberapa bulan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.
Sehingga kini, para pegawai mencurigai trend yang menggalakkan ini kerana berpendapat ia mungkin disebabkan pengumpulan data yang kurang baik, berikutan keadaan huru-hara di beberapa negara Afrika Barat yang terjejas teruk oleh Ebola.