Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

PANDANGAN

Walau ‘seri’ 3-3, ada kalah, ada menang dalam keputusan PRN

Aug 20, 2023 | 05:30 AM



Keputusan akhir 3-3. Jika dalam perlawanan bola sepak, keputusan itu dianggap seri. Tiada pemenang dan tiada yang kalah.

Namun dalam pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri Malaysia yang baru berlepas, tidak pula begitu.

Gabungan pembangkang Perikatan Nasional (PN), merangkumi Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), dianggap sebagai pemenang kali ini selepas berjaya memenangi 146 daripada 245 kerusi dipertandingkan.

Malah, PN berjaya menambah sekurang-kurangnya 60 kerusi dan memperluaskan penguasaannya bukan hanya di kubu kuatnya di Kelantan, Terengganu dan Kedah, bahkan memenangi lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri di bawah tadbir Pakatan Harapan-Barisan Nasional (BN) – Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.

Dalam ulasannya sebelum ini mengenai apa makna kemenangan buat PN, Profesor Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid daripada Universiti Sains Malaysia berkata jika gabungan pembangkang itu berjaya mempertahankan Kelantan, Terengganu dan Kedah, ini sudah boleh dianggap satu kejayaan.

Bonusnya, jika berlaku peralihan undi yang memihak ke arah PN terutamanya di kawasan majoriti Melayu.

Seperti yang dilihat dalam PRN kali ini, peralihan undi tersebut telah berlaku dengan DUN yang mempunyai majoriti Melayu banyak dimenangi PN yang menewaskan Umno, yang menganggap dirinya sebagai wakil de facto kaum Melayu.

Malah, timbul semacam usikan bahawa semakin ramai pengundi Melayu di sesebuah kawasan, semakin susah Umno untuk menang.

MENANG BESAR

Dalam PRN kali ini agak jelas bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah pemenang terbesar.

Parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang, juga timbalan presiden PN, memenangi 105 daripada 127 kerusi yang ditandinginya – kadar 83 peratus kemenangan. Ini termasuk kemenangan 10 kerusi di Selangor, tujuh di Pulau Pinang dan tiga di Negeri Sembilan – ketiga-tiga kubu kuat PH-BN.

PAS kini memegang jawatan ketua menteri di empat negeri, satu lagi negeri paling utara iaitu Perlis.

KALAH BESAR

Parti keramat Melayu Umno pula kalah teruk dan hanya menang 19 kerusi daripada 108 kerusi yang ditandinginya – kadar 17.5 peratus kemenangan.

Prestasi suram itu telah mendorong beberapa pemimpin parti itu mendesak presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, supaya bertanggungjawab atas kekalahan itu dengan meletak jawatan.

Namun ada juga sebilangan pemimpin Umno yang menegaskan bahawa kekalahan itu mesti dipikul secara bersama, bukan hanya disasarkan kepada Datuk Ahmad Zahid.

Datuk Ahmad Zahid sendiri menerima “tanggungjawab penuh” bagi persembahan buruk Umno dan berjanji untuk memperbaiki nasib parti. Namun beliau tidak menyatakan jika itu bermakna beliau akan melepaskan jawatannya.

PH-PM ANWAR

Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang merupakan pengerusi PH, partinya perlu bekerja lebih keras untuk memenangi hati lebih ramai pengundi, khususnya orang Melayu yang dilihat lebih cenderung menyokong PN.

Namun timbul keprihatinan bahawa beliau mungkin akan bersikap lebih konservatif dan melakukan lebih banyak program dan dasar yang mengutamakan penduduk Melayu/Islam, sekali gus mengetepikan golongan bukan Melayu/Islam yang merupakan penyokong utama PH.

Ramai penganalisis menyarankan agar Datuk Anwar supaya meneruskan usaha pembangunan ekonomi negara itu yang boleh dapat menawan hati penduduk Melayu yang kebanyakannya masih berpendapatan rendah.

Lebih makmur ekonomi Malaysia yang dapat meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia termasuk orang Melayu, lebih cenderung rakyat negara itu menyokong Datuk Anwar dan PH.

Rumusan

Keputusan PRN kali ini dan pengajaran yang diraih dapat memberi masa kepada Datuk Anwar dan juga pihak pembangkang untuk menyemak dan menyesuaikan langkah dan strategi masing-masing sebelum PRU16 yang dijangka diadakan pada lewat 2027.

Isu yang menjadi kepentingan rakyat seperti kos sara hidup dan amalan rasuah dalam kalangan pemimpin dan rakyat perlu ditangani dan tidak boleh dibiarkan berlanjutan.

Bagi pihak Kerajaan Perpaduan, isu Umno-DAP perlu dihuraikan. Jika tidak ia akan dipergunakan untuk memecahkan belahkan penyokong Umno-DAP.

Bagi PN, ia akan terus menggunakan isu tersebut untuk menarik pengundi, khususnya pengundi Melayu, dengan mendakwa Umno bukan lagi pejuang bangsa Melayu.

Selain itu, rakyat Malaysia mahu melihat adanya pembentukan kepimpinan pelapis yang akan bakal menggantikan pemimpin semasa mereka sedang Datuk Anwar, 76 tahun; Tan Sri Muhyiddin YassIn, 75 tahun, dan Tan Sri Abdul Hadi, 75 tahun, semuanya mencapai hampir usia persaraan.

Ini demi memberi kesegaran idea dalam proses pembangunan Malaysia selanjutnya dengan pemimpin yang lebih seiring dan lebih memahami hasrat generasi rakyat yang lebih muda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >