Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Video seks: Ustaz Azhar Idrus enggan temu media

Oct 24, 2014 | 04:45 PM



KUALA TERENGGANU: Menyusuli tengkarah video seks melibatkan lelaki yang dipercayai penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI), ustaz berkenaan kini memutuskan untuk berdiam diri.


Laman mynewshub.cc melaporkan, apabila Ustaz Azhar mengetahui wartawan sedang memburunya untuk mendapatkan komen berhubung isu video itu, beliau bertindak keluar dari pintu belakang Masjid Taqwa, Kuala Terengganu, selepas selesai sembahyang Isyak semalam.


Beliau seterusnya bergegas ke rumah salah seorang penduduk berdekatan yang dikawal rapi oleh penyokongnya dan Unit Amal Parti Agama SeMalaysia (Pas) Kawasan Batu 6.


Pihak media tidak dibenarkan masuk dan diarahkan beredar.


Tindakan tersebut membuatkan wartawan yang lama menunggu sehingga selesai solat Isya' untuk bertemu UAI tidak dapat berbuat apa-apa melainkan melaporkan kepada editor penerbitan masing-masing bahawa penceramah tersebut 'melarikan diri' dan enggan memberi komen.


Video aksi seks didakwa melibatkan UAI dan isteri mudanya hangat diperkatakan sehari dua ini apabila ia disebarkan di laman-laman sosial.


Bagaimana pun semalam, pembantu UAI, Zulkifli Wahab mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa video seks yang tersebar itu tidak benar.


Zulkifli mendakwa, ia adalah satu usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba menggagalkan penyebaran dakwah di kalangan umat Islam di negara ini. - mynewshub.cc.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >