Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Usul kerja dari rumah bagi tangani udara tercemar di Jakarta

Aug 15, 2023 | 02:02 PM



JAKARTA: Presiden Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi membayangkan potensi dikembalikan semula dasar bekerja dari rumah untuk premis perniagaan dan pejabat pemerintah di Jakarta.


Langkah tersebut dianggap sebagai tindak balas kepada krisis pencemaran udara semakin memuncak, yang beliau kaitkan sebahagiannya berpunca daripada pelepasan asap kenderaan.

Baru-baru ini, Jakarta telah dilabelkan sebagai bandar paling tercemar di dunia oleh firma pemantauan udara IQAir, dengan indeks mutu udaranya melepasi 152 – jauh melebihi paras 100 yang dianggap tidak sihat.

Kehadiran lebih 30 juta individu pada hari bekerja di Jakarta termasuk para pekerja yang datang dari bandar-bandar satelit, telah memburukkan lagi cabaran pencemaran.

Semasa mesyuarat tergempar di Istana Negara, Presiden Jokowi membincangkan isu itu dengan Pemangku Gabenor Jakarta, Encik Heru Budi Hartono; Gabenor Jawa Barat, Encik Ridwan Kamil; Menteri Pengangkutan, Encik Budi Karya Sumadi; Menteri Kesihatan, Encik Budi Gunadi Sadikin dan anggota kabinet yang berkaitan.

“Musim kemarau yang berlanjutan sejak tiga bulan lalu telah meningkatkan tahap pencemaran, ditambah dengan pelepasan dari sektor pengangkutan dan kegiatan perindustrian di Jakarta yang terus menggunakan arang batu,” kata beliau pada Isnin.

Encik Jokowi berjanji memperuntukkan bajet khas untuk inisiatif antipencemaran, termasuk menambah luas kawasan hijau, membataskan penggunaan kereta berkuasa petrol dan memperkenalkan kaedah pengangkutan yang baru.

“Jika difikirkan perlu, kami akan menganjurkan sistem kerja hibrid – gabungan kerja di pejabat dan jarak jauh,” kata Presiden Jokowi.

Dalam beberapa minggu akan datang, pemerintah akan merasmikan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang menghubungkan Jakarta dengan kota-kota di Jawa Barat, dengan tujuan mengekang jumlah kenderaan persendirian yang berlegar di jalan-jalan raya di ibu kota.

Minggu lalu, para pegawai atasan yang mengetuai jabatan alam sekitar menyalahkan penduduk di Jakarta kerana menggunakan kenderaan persendirian untuk berulang-alik ke pusat bandar, menyebabkan pelepasan karbon besar-besaran sehingga menyaksikan ibu negara Indonesia menduduki tempat teratas sebagai bandar paling tercemar di dunia.

Ketua Pengarah Kawalan Pencemaran dan Kerosakan Alam Sekitar dari Kementerian Perhutanan dan Alam Sekitar, Encik Sigit Reliantoro, dalam satu sidang akhbar berkata bahawa beralih kepada pengangkutan awam, menggunakan kenderaan elektrik dan lebih banyak berjalan kaki adalah beberapa alternatif yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan pelepasan karbon daripada kenderaan persendirian. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >