JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pendedahan dana hampir AS$700 juta ($943 juta) yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri seperti dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ).
Meskipun tidak menamakan Perdana Menteri Malaysia itu, tulisannya yang dimuat naik dalam laman Facebook jelas menunjukkan kritikan itu ditujukan kepada Datuk Seri Najib.