TOKYO: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mengutuk apa yang disifatkannya sebagai "kejadian tembakan mengerikan", selepas 26 orang terbunuh dalam satu kejadian tembakan rambang di sebuah gereja di Texas.
"Perbuatan kejam ini berlaku ketika mangsa dan keluarga mereka berada di sebuah tempat ibadat. Hancur hati kami," kata Presiden Trump, yang sedang melakukan lawatan ke Jepun.