Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Timbalan ketua polis Thai dikait dalam talian judi haram ‘Betflix’

Sep 26, 2023 | 12:28 PM



BANGKOK: Polis Thailand menyelongkar rumah seorang pegawai berprofil tinggi kerajaan itu pada Isnin sebagai sebahagian daripada siri serbuan yang menyasarkan rangkaian perjudian dalam talian haram yang dikenali sebagai ‘Betflix’.


Kebanyakan bentuk pertaruhan adalah haram di Thailand, dengan pihak berkuasa baru-baru ini berusaha untuk menutup pusat-pusat judi haram, yang dikatakan milik warga asing.

Siasatan meluas di enam wilayah menyaksikan pasukan polis menyerbu kira-kira 30 lokasi, termasuk rumah Timbalan Ketua Polis Negara Surachate Hakparn di tengah Bangkok.

Encik Surachate, yang terkenal di Thailand kerana kerap muncul di media memberi maklumat terkini mengenai siasatan, menafikan sebarang penglibatan dalam rangkaian perjudian.

“Saya tidak bimbang langsung kerana saya tidak terlibat dalam perkara ini dan saya boleh menjawab sebarang soalan,” katanya kepada pemberita di luar rumahnya ketika serbuan sedang dijalankan.

Mejar Jeneral Polis Trairong Phiwpan berkata serbuan itu berpunca daripada siasatan terhadap laman web perjudian ‘Betflix’ dan 12 laman berkaitan dengannya.

Menurutnya, penyiasat telah mengeluarkan 23 waran tangkap termasuk ke atas lapan pegawai polis.

Encik Surachate berkata beliau bukan dalam kalangan mereka. Beliau, yang juga dikenali dengan nama samaran Big Joke, menegaskan bahawa waran geledah rumahnya adalah “tidak teratur” dan mencerminkan persaingan dalam pasukan polis.

Serbuan itu dilakukan hanya beberapa hari sebelum pemilihan ketua polis baru, dengan Encik Surachate disebut-sebut sebagai calon yang mungkin dipilih.

Pegawai yang sudah lama berkhidmat sering dikaitkan dengan tokoh berkuasa dalam kerajaan terdahulu.

Encik Surachate dilantik oleh mantan Timbalan Perdana Menteri Prawit Wongsuwan sebagai ketua Biro Imigresen pada September 2018.

Beliau menghilangkan diri pada 2019 atas sebab yang tidak jelas, sebelum perdana menteri ketika itu Encik Prayuth Chan-o-cha menjadikannya penasihat khas strategi polis pada 2021.

Perdana Menteri baru, Encik Srettha Thavisin, yang mengambil alih jawatan bulan lalu, memberitahu pemberita bahawa beliau sedang memantau keadaan.

“Mungkin ada keperluan untuk menubuhkan jawatankuasa siasatan bebas kerana ini adalah masalah besar. Ia menjejas semangat dan tanggapan orang ramai terhadap polis,” tambahnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >