Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Thailand usul undang-undang larang orang awam miliki senjata api

Oct 06, 2023 | 02:09 PM



BANGKOK: Thailand bakal menyemak undang-undang yang melarang orang ramai memiliki senjata api termasuk senjata tiruan atau senapang angin.


Mengumumkan semakan undang-undang yang lebih ketat itu pada Khamis, Timbalan Perdana Menteri Encik Anutin Charnvirakul menegaskan bahawa di bawah undang-undang itu, hanya para pegawai kerajaan diberi kuasa untuk memiliki senjata api.

Beliau menyatakan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat untuk mengkaji semula undang-undang bagi mengawal pemilikan senjata api di Thailand, berikutan kejadian tembakan pada Selasa di pusat membeli-belah Siam Paragon, yang meragut nyawa dua warga asing dan menyebabkan lima yang lain cedera.

Beberapa pegawai kanan, termasuk ketua pengarah Jabatan Pentadbiran Wilayah, Encik Attasit Samphanrat, menghadiri mesyuarat itu.

Encik Anutin, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau telah mengarahkan Encik Attasit untuk meneliti peraturan penggunaan senjata api dan senjata lain dan melaporkan kembali kepadanya untuk menentukan yang mana perlu disemak.

Beliau menyatakan pihaknya tidak akan membenarkan orang biasa mendapatkan permit untuk memiliki senjata api, malah mereka tidak akan dibenarkan memiliki senjata tiruan seperti senapang angin atau senapang kosong, kerana ia berbahaya dan perlu dikawal,

“Hanya pegawai yang dibenarkan memiliki senjata api,” tambahnya.

Dalam kejadian tembakan itu, seorang remaja berusia 14 tahun, telah menggunakan pistol kosong yang diubah suai. Siasatan polis mendedahkan bahawa remaja itu juga memiliki senjata lain, seperti senapang M-16 dan peluru.

Encik Anutin menyatakan bahawa mereka yang berusia bawah 18 tahun tidak dibenarkan menyertai kegiatan menembak.

Beliau berkata: “Mulai sekarang orang awam tidak seharusnya boleh mendapat permit untuk memiliki atau membawa senjata api,’‘ tambahnya.

Menurut beliau, seharusnya tiada sesiapa yang boleh menggunakan senjata api sesuka hati untuk menyelesaikan konflik di luar sana.

Thailand juga telah mengambil langkah menggantung pengeluaran permit mengimport dan memperdagangkan senjata api.

Sesiapa yang menggunakan pistol di kem menembak tidak dibenarkan membawa senjata api keluar dari kem, jelasnya.

Terdahulu polis Thailand menahan dua lelaki yang dituduh menjual pistol kepada seorang remaja berusia 14 tahun yang disyaki melakukan serangan di pusat beli-belah tersebut.

Seorang pegawai kanan polis Yala, berkata pihaknya menyerbu rumah suspek untuk mencari lebih banyak bukti berkaitan kes itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >