Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tengku Mahkota Johor selamat bernikah

Oct 24, 2014 | 04:01 PM



JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, selamat melangsungkan istiadat pertunangan, majlis hantaran dan pernikahan dengan, Che Puan Khaleeda Bustamam, di Istana Bukit Serene di sini hari ini.


Tunku Ismail dan Che Puan Khaleeda dilihat berangkat memasuki pekarangan istana tepat pukul 10 pagi dan keluar sekitar pukul 12 tengah hari selepas sah bergelar suami isteri.


Pasangan yang mengenakan busana pengantin berwarna putih itu sempat melontarkan senyuman dan melambaikan tangan ke arah wartawan serta jurugambar yang menanti di luar istana.


Turut berangkat ke istiadat tersebut, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar serta Tunku Putra Johor, Tunku Abu Bakar.


Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barisan Exco kerajaan negeri dan tetamu-tetamu kenamaan lain dilihat mula memasuki pekarangan istana kira-kira pukul 8 pagi.


Istiadat pernikahan mempelai dilaksanakan Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin.


Pasangan itu dijangka melangsungkan majlis persandingan di Istana Besar Johor pada 8 November ini. - UTUSAN ONLINE




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >