Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Telur nasi lemak senipis sehelai kertas

Oct 20, 2023 | 02:25 PM



KUALA LUMPUR: Nasi lemak enak dimakan dengan sambal, kacang, ikan bilis dan telur dadar goreng atau telur rebus.


Saiz telur tersebut juga lumrahnya sebesar tapak tangan.

Tetapi tidak pula halnya bagi seorang pengguna wadah X @matden17 apabila beliau mendapat sekeping telur goreng sebesar saiz kad SIM telefon bimbit.


Perkara sedemikian dikongsi pengguna tersebut apabila beliau memuat naik catatan pada Jumaat (13/10).

Menurutnya, beliau membeli nasi lemak bungkus tersebut berharga RM1 ($0.30).

Apabila beliau membuka bungkusan itu, kelihatan telur dadar bak sekeping helai kertas terletak di atas sambal dan ikan bilis.

Catatannya itu tular di kalangan warga net dan setakat ini mendapat lebih daripada satu juta tontonan.

Ada daripada warga net turut mempertikai kejujuran peniaga dan tidak kurang juga yang menyamakan telur itu seumpama kartun Spongebob Squarepants kerana bentuk segi empat dan warna kuning.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >