Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sultan Selangor tangguh hasrat Khalid letak jawatan

Aug 26, 2014 | 06:15 PM



SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini telah melahirkan hasrat meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Namun Sultan Selangor menangguhkan hasrat tersebut sehingga peralihan kuasa yang baru dibuat.


Tan Sri Abdul Khalid ketika membacakan kenyataan Istana Selangor berkata setiap parti dalam Pakatan Rakyat juga diminta mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar yang baru.


Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata penangguhan penerimaan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid itu bagi memastikan pentadbiran kerajaan Selangor berjalan lancar dan teratur.


"Sultan Selangor telah menitahkan agar setiap pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama daripada parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebagai calon Menteri Besar Selangor bagi memudahkan Sultan Selangor untuk menentukan calon yang berkelayakan dan seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak sebagai menteri besar....." kata kenyataan Istana Selangor itu lagi.


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa tiada perbincangan dengan Sultan Selangor mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.


Sebelum ini, PKR dan DAP telah bersetuju untuk melantik Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk menggantikan Tan Sri Khalid.


Namun, selepas melahirkan sokongan kepada Dr Wan Azizah, PAS mengubah pendirian.


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata Parti Islam SeMalaysia (PAS) menolak cadangan supaya Dr Wan Azizah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.


"Kami tidak bersetuju dengan (cadangan pelantikan) Wan Azizah bukan disebabkan jantina beliau," katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat biro politik parti itu di ibu pejabat PAS di sini baru-baru ini.


Ditanya sama ada penolakan cadangan berkaitan dengan kelayakan Dr Wan Azizah, Datuk Mustafa menjawab tidak, sambil menegaskan beliau tidak berhasrat mendedahkan alasan penolakan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >