WASHINGTON: Amerika Syarikat sedia membantu negara Asia Tenggara menanggung beban menangani kehadiran pelarian kaum Rohingya dan minoriti Bangladesh, kata timbalan jurucakap Jabatan Negara Amerika, Cik Marie Harf, kelmarin.
Mengalu-alukan langkah Malaysia dan Indonesia yang telah berhenti mengusir pelarian yang tiba di atas bot usang, Cik Harf berkata Amerika akan membantu PBB menubuhkan pusat perlindungan dan akan mempertimbangkan permintaan menempatkan pelarian.