Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saintis China dakwa ada teknologi untuk klon manusia

Dec 02, 2015 | 12:45 PM



BEIJING: Saintis Cina di sebalik kilang pengklonan terbesar di dunia berkata ia mempunyai teknologi cukup canggih untuk mengklon manusia, tetapi tidak melakukannya kerana bimbang mengenai reaksi awam.


Boyalife Group dan rakan-rakan perniagaannya sedang membina kilang gergasi itu di bandar pelabuhan Tianjin, di utara China. Ia dijadualkan memulakan pengeluaran dalam masa tujuh bulan akan datang.


Ia menyasarkan menghasilkan satu juta ekor lembu klon setahun menjelang 2020.


Tetapi ketua eksekutif Boyalife, Dr Xu Xiaochun, berkata perancangan kilang itu termasuk kuda lumba belima (baka baik), serta haiwan peliharaan dan anjing polis.


Boyalife sudah pun bekerjasama dengan rakan perniagaannya dari Korea Selatannya, Sooam, dan Akademi Sains China untuk meningkatkan kapasiti pengklonan primat bagi menghasilkan haiwan ujian lebih baik untuk penyelidikan penyakit.


Dan pengklonan manusia tidak jauh daripada pengklonan monyet.


"Teknologi ini sudah ada," kata Dr Xu.


"Jika ini dibenarkan, saya tidak fikir ada syarikat lain yang lebih baik daripada Boyalife untuk menghasilkan teknologi lebih baik."


Syarikat itu buat masa ini tidak terlibat dalam kegiatan pengklonan manusia, kata Dr Xu, sambil menambah ia "menahan diri" kerana bimbang akan reaksi buruk.


Beliau membayangkan pada hari muka mungkin ada tiga pilihan bagi mempunyai anak: gabungan genetik bapa dan genetik ibu; 100 peratus baka bapa; atau 100 peratus baka ibu.


Sooam sedang menjalankan projek menghidupkan kembali mamot, haiwan purba yang sudah pupus, melalui proses pengklonan menggunakan sel yang terpelihara beribu-ribu tahun di Siberia.


Ia juga menyediakan perkhidmatan mengklon anjing peliharaan sudah mati pelanggannya.


Pengasas Sooam, Dr Hwang Woo Suk, mencipta anjing klon pertama di dunia, Snuppy, pada 2005. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >