RIYADH: Raja Abdullah bin Abdulaziz meninggal dunia semalam dan adiknya, Putera Salman AbdulAziz Al Saud, menjadi pengganti mewarisi takhta negara yang terkenal dengan hasil minyak.
Raja Abdullah, anak ke-10 Raja Abdulaziz, yang menjadi Raja Arab Saudi sejak 1 Ogos 2005, meninggal dunia akibat penyakit radang paru-paru.