Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Puluhan terbunuh akibat pertempuran IS dan tentera Mesir

Jul 02, 2015 | 02:59 PM



KAHIRAH: Puluhan orang dipercayai terbunuh selepas berlaku pertempuran mengejut antara kumpulan militan Negara Islam (IS) dengan tentera Mesir di Sinai.


Pentempuran itu dipercayai berlaku apabila kumpulan militan IS menyerang pusat pemeriksaan tentera di utara Sinai sebagai usaha memerangi pentadbiran Presiden Fattah al-Sisi.


Akibat serangan tersebut, tentera Mesir mengatur serangan balas termasuk menggunakan pesawat tempur F-16 bagi menyerang kumpulan militan IS.


Kumpulan perubatan dan keselamatan berkata, sekurang-kurangnya 70 orang yang sebahagiannya terdiri daripada tentera terbunuh dalam pertempuran selama beberapa jam itu.


Tentera pula memberitahu, seramai 17 anggotanya telah maut manakala 100 pejuang IS turut terkorban dalam pertempuran berkenaan.


Keganasan itu dikatakan berlaku selepas Pendakwaraya, Encik Hisham Barakat dibunuh menggunakan bom kereta dua hari lalu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >