CANBERRA: Presiden Perancis, Encik Francois Hollande, semalam mengesahkan dua rakyatnya dikenal pasti sebagai suspek dalam video militan IS yang memegang kepala tahanan Syria yang dipancung.
Kededua lelaki itu turut kelihatan dalam klip video kejam militan IS pada Ahad lalu yang memaparkan pembunuhan 18 tahanan Syria serta seorang pekerja bantuan Amerika Syarikat, Encik Peter Kassig.