Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Prabowo ikrar perjuang semua rakyat Indonesia, seru perpaduan di kalangan elit politik

Apr 24, 2024 | 03:50 PM



JAKARTA: Presiden yang dipilih, Encik Prabowo Subianto, berikrar pada 24 April untuk memperjuangkan semua rakyat Indonesia, dan menyeru perpaduan dalam kalangan elit politik untuk membawa negara ke hadapan.


Beliau juga dijangka berusaha untuk mengukuhkan pengaruhnya di Parlimen sebelum memegang jawatan pada Oktober 2024.

Bercakap pada majlis di mana beliau disahkan sebagai pemenang pilihan raya 14 Februari lalu, Encik Prabowo, yang menang dengan jurang yang besar, berkata beliau sedang bercakap dengan golongan elit di negara ini, dan adalah penting parti-parti dapat bersatu demi kebaikan bersama.

Encik Prabowo, yang secara diam-diam disokong oleh penyandang popular Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, sedang berusaha untuk meluaskan gabungannya di Parlimen baru, dan sedang berbincang dengan parti-parti yang menyokong pesaingnya dalam pilihan raya.

“Saya akan membuktikan bahawa saya akan berjuang untuk semua rakyat Indonesia termasuk mereka yang tidak mengundi saya,” kata Encik Prabowo.

“Jika Indonesia ingin terus hidup, menjadi negara yang makmur, semua elit mesti bekerjasama. Jika kita berani ketepikan perbezaan kita, tinggalkan perasaan kita, cari cinta kita kepada negara, kita sama-sama berkorban untuk rakyat kita,” katanya dipetik agensi berita Reuters.


Acara pengesahan itu diadakan dua hari selepas Mahkamah Perlembagaan menolak cabaran daripada kedua-dua calon yang kalah, yang menuntut agar diadakan semula pilihan raya presiden dan melucutkan kelayakan Encik Prabowo dan pasangannya bagi menamatkan semua pertikaian pilihan raya.

Dalam ucapannya, Encik Prabowo berikrar untuk mengatasi kemiskinan dan rasuah, sambil menambah bahawa beliau berhasrat untuk membawa peningkatan kepada semua rakyat Indonesia.

Beliau, yang juga Menteri Pertahanan dalam pemerintahan sekarang, juga berkata akhbar bebas adalah penting di Indonesia, dan menyifatkannya sebagai “keperluan mutlak untuk demokrasi”.

Pakatan Encik Prabowo kini terdiri daripada 48 peratus kerusi di Parlimen tetapi pembantu kanannya telah berkata bahawa beliau berhasrat untuk mengembangkan gabungannya demi memperoleh majoriti kerusi.

Encik Prabowo dan Encik Gibran – yang juga anak sulung kepada Presiden Jokowi – sudah pun diisytihar menang pada Februari lalu selepas kiraan tidak rasmi menunjukkan mereka meraih undi majoriti.

Namun, perayaan kemenangan itu ditangguh berikutan cabaran undang-undang daripada calon saingan, Encik Anies Baswedan dan Encik Ganjar Pranowo, yang menuntut supaya keputusan itu dibatalkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (Komisi Pemilihan Umum atau KPU) secara rasmi mengisytiharkan Encik Prabowo sebagai Presiden Indonesia dipilih dalam satu majlis pada 24 April selepas Mahkamah Perlembagaan menolak usul undang-undang oleh kededua calon yang kalah itu.

Sebelum ini, Encik Prabowo, 72 tahun, diramalkan secara meluas akan memenangi jawatan presiden dan beliau akan mengambil alih kepimpinan pada Oktober selepas tempoh peralihan.

Menurut pakar, popularitinya melonjak kerana semangat nasionalisnya dalam ucapan populis selain kelayakannya sebagai Menteri Pertahanan dan sokongan daripada Encik Jokowi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >