Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Prabowo bincang tingkat kerjasama pertahanan dengan UAE

May 15, 2024 | 01:06 PM



JAKARTA: Bakal Presiden Indonesia yang juga Menteri Pertahanan, Encik Prabowo Subianto, mahu meningkatkan hubungan pertahanan dengan Amiriah Arab Bersatu (UAE), kata pejabatnya ketika beliau membuat lawatan rasmi pertama ke Abu Dhabi sejak memenangi pilihan raya umum Februari lalu.


Hubungan Indonesia-UAE berkembang di bawah Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo, yang pada 2021 memperoleh komitmen pelaburan lebih $46 bilion dari negara Teluk itu, lapor Arab News.


Setahun kemudian, kedua-dua negara menandatangani perjanjian perdagangan bebas, yang berkuat kuasa September 2023.

Encik Prabowo, mantan komander pasukan khas, bersedia menggantikan Encik Jokowi dan memegang jawatan pada Oktober, berikutan kemenangan besarnya dalam pilihan raya presiden pada Februari.

Pada 13 Mei, Encik Prabowo berada di Abu Dhabi bagi menerima penghormatan awam tertinggi UAE, Order of Zayed, sebagai mengiktiraf usahanya dalam meningkatkan hubungan dua hala.


“Saya berharap hubungan Indonesia-UAE akan terus berkembang, sesuai dengan cita-cita kedua-dua negara dalam mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk dalam pertahanan,” kata Encik Prabowo dalam satu kenyataan pada 14 Mei, selepas bertemu Presiden UAE Sheikh Mohammed bin Zayed Al-Nahyan.

Indonesia dan UAE bersetuju mengukuhkan hubungan pertahanan dengan menandatangani memorandum persefahaman pada 2020, diikuti dengan perjanjian protokol mengenai pembangunan industri pertahanan mereka pada 2022.

Lawatan Encik Prabowo ke UAE itu boleh dilihat sebagai langkah strategik, menjelang jawatan presidennya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >