KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, telah mengeluarkan amaran keras kepada semua pihak agar tidak menggalakkan keganasan, dan ini termasuk kumpulan anti-Bersih.
"Walaupun kita telah mengisytiharkan perhimpunan Bersih sebagai terlarang, kita tidak akan bertolak ansur dengan tindakan ugutan jenayah oleh sesiapa sahaja terhadap mereka yang mengambil bahagian," katanya kepada Malaysiakini.