Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pheu Thai berpecah daripada Move Forward untuk sokong calonnya sebagai PM

Aug 03, 2023 | 03:25 PM



CHIANG MAI: Parti Pheu Thai mengumumkan pada Rabu bahawa ia akan membentuk gabungan baru – tidak termasuk pemenang pilihan raya, Parti Move Forward – bagi melicinkan laluan bagi calonnya, Encik Srettha Thavisin, untuk dipilih sebagai perdana menteri baru negara itu apabila Parlimen bersidang pada Jumaat.


“Pheu Thai telah berunding dengan Move Forward untuk menarik diri daripada gabungan itu, membentuk gabungan kerajaan baru dan mencalonkan Encik Srettha Thavisin sebagai perdana menteri,” kata pemimpin Pheu Thai, Encik Cholnan Srikaew, pada sidang akhbar di Bangkok.

Move Forward dan Pheu Thai, dua parti terbesar dalam dewan rakyat, berganding bahu bersama enam parti lain dalam pakatan prodemokrasi selepas pengundi menolak pemerintahan sembilan tahun parti pro-tentera dalam pilihan raya pada 14 Mei.

Tetapi dasar Move Forward untuk meminda undang-undang lese-majeste – Perkara 112 kanun jenayah Thai, khususnya, menghukum sesiapa yang menghina raja – terbukti menjadi garis merah yang tidak boleh dilalui untuk senator dan penggubal undang-undang konservatif.


Pemimpin dan calon perdana menteri Move Forward, Encik Pita Limjaroenrat, ditolak dua kali oleh Senat dan Dewan Rakyat. Beliau gagal meraih 50 undi pada pusingan pertama pada 13 Julai, dan Parlimen menolak tawarannya untuk pencalonan kedua pada 19 Julai.

Selepas Move Forward menyerahkan tampuk pemerintahan gabungannya kepada Pheu Thai, parti nombor dua itu tidak membuang masa dengan bertemu parti-parti bukan gabungan untuk mendapatkan undi bagi menyokong Encik Srettha, seorang hartawan berusia 60 tahun yang bertanding sebagai salah satu daripada tiga calon untuk jawatan perdana menteri.

Parti konservatif Bhumjaithai, Chart Thai Pattana, Demokrat, Palang Pracharath dan United Thai Nation berkata mereka akan membekukan sokongan mereka terhadap Pheu Thai jika ia kekal dalam gabungan dengan Move Forward.

“Pheu Thai dan Srettha Thavisin mengesahkan bahawa kami tidak akan menyokong pindaan Perkara 112, dan gabungan kerajaan baru tidak akan menyertakan Parti Move Forward,” kata Encik Cholnan, ketika membaca kenyataan parti itu dalam sidang akhbar tersebut.

Kenyataan itu berkata Pheu Thai akan mengutamakan pindaan perlembagaan untuk menghapuskan “kesukaran dalam membentuk kerajaan ini”. Perlembagaan yang diisytiharkan oleh kerajaan tentera pada 2017 memberikan Senat yang dilantik memainkan peranan dalam memilih perdana menteri.

Kesetiaan Pheu Thai kepada Move Forward telah dipersoalkan sebelum pilihan raya. Pengasasnya, mantan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, merancang untuk kembali daripada buangan ke Thailand pada 10 Ogos walaupun berdepan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Parti itu berkata ia bertindak untuk mengembalikan Thailand kepada kerajaan demokrasi biasa dan menyelesaikan masalah ekonomi negara di bawah perlembagaan baru. “Kerajaan akan mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk mengundi semula di bawah rangka perlembagaan baru,” kata Pheu Thai dalam kenyataan itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >