Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pesawat Malaysian Airlines terhempas di Ukraine

Jul 19, 2014 | 12:00 AM



KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat penumpang milik Syarikat Penerbangan Malaysia, MH17, dilaporkan terhempas di Ukraine.


Dilaporkan, ia terhempas di timur Ukraine selepas terkena tembakan peluru berpandu darat-ke-udara.


Hal ini dinyatakan seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine dan ditukil agensi berita Interfax.


Agensi Reuters melaporkan menerusi Twitter pada 11.50 malam tadi.


Pesawat itu dalam perjalanan dari Amsterdam di Belanda ke Kuala Lumpur.


Pegawai itu, Encik  Anton Gerashchenko, menyatakan kesemua 280 penumpang dan 15 anak kapal terbunuh.


"Kedudukan terakhir adalah di ruang udara Ukraine," kenyataan MAS di Twitter sebentar tadi.


Laman berita Al-Jazeera menyatakan, pesawat terlibat dipercayai pesawat Boeing 777, yang berlepas dari Amsterdam pada jam 2.14 pagi waktu tempatan.


Ia dijangka tiba di Kuala Lumpur pada kira-kira jam 6 pagi.


MH17 dipercayai terhempas di kawasan yang menyaksikan pertempuran sengit antara Rusia dan Ukraine, kira-kira 50 km selepas memasuki ruang udara Russia.


Siaran berita di saluran TV3 Malaysia melaporkan, pesawat hilang dari radar ketika berada di ketinggian 10,000 meter.


Ia dikatakan terhempas dekat bandar Shakhtyorsk.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >