Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perikatan pimpinan AS persiap serang 'ibu kota' ISIS

Oct 06, 2015 | 10:46 AM



WASHINGTON: Perikatan pimpinan Amerika Syarikat yang sedang memerangi Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) telah bersiap untuk memulakan serangan di timur laut Syria, bagi mengenakan tekanan ke atas Raqqa, ibu kota de facto kumpulan militan itu.


Presiden Amerika, Encik Barack Obama, minggu lepas meluluskan dua langkah penting untuk melancarkan serangan sepanjang minggu akan datang, , kata pegawai tentera dan pentadbiran.


Beliau mengarahkan Pentagon terus menyediakan peluru dan mungkin beberapa senjata bagi pembangkang Syria.


Beliau juga menyokong peningkatan kempen udara dari pangkalan di Turkey.


Dua langkah itu bertujuan menguatkan 3,000 hingga 5,000 pejuang Arab yang akan menyertai lebih 20,000 pejuang Kurdish dalam serangan yang disokong berpuluh-puluh pesawat pejuang perikatan ke atas Raqqa.


Pejuang pembangkang Syria juga akan berusaha menutup bahagian penting sepanjang 96 kilometer di sempadan negara itu dengan Turkey bagi memotong talian bekalan ISIS.


Tindakan baru pimpinan Amerika itu akan dijalankan jauh dari kaswasan serangan udara Russia di barat Syria.


Operasi Russia itu diarahkan sebahagian besarnya terhadap kumpulan Syria yang menentang Presiden Bashar Al-Assad, dan bukan ISIS, kata pegawai Amerika.


Matlamat tindakan pasukan perikatan pula ialah sebaliknya - melemahkan ISIS dengan menyokong pejuang Kurdish dan Arab yang menentang Presiden Al-Assad.


Sementara itu, Menteri Luar Perancis, Encik Laurent Fabius, berkata pada Isnin (5 Okt) serangan udara di Syria perlu menyasarkan militan ISIS dan juga kumpulan lain "yang dianggap sebagai pengganas".


Beliau berkata kenyataan Presiden Francois Hollande Jumaat lalu bahawa serangan udara Russia perlu menyasarkan "Daesh dan hanya Daesh (singkatan Arab bagi ISIS)" tidak mengecualikan kumpulan lain, seperti Al-Nusra Front. - New York Times, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >