PUTRAJAYA: Rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masuk hari ketiga di Mahkamah Persekutuan semalam bersambung hari ini selepas Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah memohon penangguhan bagi membolehkan pihak pendakwaan meneliti penghujahan empat peguam bela yang mewakili perayu.
Tan Sri Muhammad Shafee memaklumkan beliau memerlukan masa menyediakan hujahan balas dan memohon prosiding ditangguhkan ke pagi ini.