Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengantin diraja Johor diijab kabul dalam upacara penuh istiadat

Tunku Tun Aminah turut memperdengar bacaan Al-Quran dalam majlis khatam sempena pernikahan di Istana Bukit Serene
Aug 15, 2017 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Selepas menyulam cinta lebih setahun, puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim, dan warga Belanda, Encik Dennis Muhammad Abdullah, selamat diijab kabul semalam di Istana Bukit Serene di sini dengan penuh tradisi dan adat istiadat budaya Johor.



Sebanyak 30 gambar istiadat nikah yang dimuat naik dalam laman Facebook pasukan bola sepak Johor Southern Tigers dikongsi oleh hingga lebih 5,000 pengguna laman sosial itu sejak ia dimuat naik pagi semalam.



Laman sosial itu turut merakamkan ucapan sembah tahniah kepada Tunku Aminah dan suaminya.



Menerusi gambar yang dimuat naik, kelihatan semua anggota keluarga Diraja menghadiri istiadat tersebut.



Hadir sama ialah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.



Upacara bersanding berlangsung pada 8 malam tadi di Bilik Singgahsana, Istana Besar di sini.



Rakyat dapat menyaksikan secara langsung istiadat persandingan di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor Bahru pada malamnya menerusi layar gergasi yang disediakan di Dataran Bandaraya dan bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru.



Tunku Tun Aminah, yang lahir pada 8 April 1986, anak kedua daripada enam adikberadik dan puteri tunggal Sultan Ibrahim dan Tuanku Permaisuri Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.



Pasangan pengantin memakai baju kurung dan baju Melayu Teluk Belanga yang menjadi kebanggaan dan identiti negeri Johor.



Bagi melayari bahtera berumah tangga, pasangan diraja itu akan berpindah ke kediaman sendiri yang dijangka memberi pengalaman baru, khususnya kepada Tunku Aminah, 31 tahun, yang mengakui pertama kali tinggal berjauhan dari ayahanda, bonda serta ahli keluarganya yang lain.



Tunku Aminah mengakui tertarik pada Encik Dennis kerana perwatakan beliau yang baik dan lemah lembut.



"Beliau sentiasa memberi sokongan dan memahami saya dengan baik," katanya dalam satu kenyataan sebelum ini.



Sementara itu, Encik Dennis, 28 tahun, yang memeluk agama Islam sebelum mengenali Tunku Tun Aminah, turut mengakui terharu diterima menjadi sebahagian daripada keluarga diraja Johor.



Sebelum istiadat persandingan diraja, tiga laluan di Jalan Ayer Molek, Jalan Yahya Awal dan Jalan Dato Onn berhampiran Istana Besar Johor ditutup.



Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata bahawa Polis Diraja Malaysia turut mengerahkan 318 anggota bagi tugas mengiring, mengawal keselamatan dan lalu lintas sepanjang majlis tersebut.



Kelmarin Tunku Tun Aminah memperdengar bacaan surah lazim sempena majlis khatam Al-Quran di Istana Bukit Serene di sini.



Majlis khatam itu turut dihadiri guru agama Tunku Tun Aminah, Cik Raimah Kemat, yang turut membacakan doa pada akhir majlis.



Majlis tersebut turut dikongsi pejabat media dan komunikasi rasmi keluarga Diraja Johor. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >