HONGKONG: Pegawai kanan pemerintah Hongkong menemui pemimpin pelajar buat pertama kali semalam dalam usaha mengatasi bantahan prodemokrasi selama tiga minggu yang menjejas sebahagian daripada pusat kewangan terbesar Asia itu.
Harapan untuk mencapai penyelesaian dijangka tipis dalam pertemuan petang semalam yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen.