BEIJING: Pembatalan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura oleh kerajaan baru Malaysia mungkin menjejas kepentingan China dan rakan kongsi ekonomi lain, kata tabloid China yang disokong negara kelmarin.
Syarikat yang sedang mengharap mendapat kontrak bagi membina dan mengendalikan projek itu dilaporkan adalah dari China, Jepun, Korea Selatan, Eropah, Singapura dan Malaysia.