Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelancong NZ maut di Thai; terjatuh dari kereta api

Dec 29, 2022 | 05:30 AM



BANGKOK: Seorang pelancong asal New Zealand terkorban selepas terjatuh dari kereta api semasa melalui landasan 'kereta api maut' Perang Dunia Kedua di wilayah Kancanaburi, di barat Thailand pada Selasa lalu.



Balai Polis Sai Yok telah dimaklumkan tentang kejadian pada 11.50 pagi itu, melibatkan seorang pelancong asing yang mati selepas terjatuh sekitar 10 meter di laluan Krasae Cave di daerah Sai Yok.



Pelancong itu dikenali sebagai Encik Patrick Ward, 45 tahun.



Kejadian itu sempat dirakamkan oleh seorang lagi pelancong yang berada di kawasan itu.



Mangsa dilihat terjatuh terlentang, terkeluar dari kereta api, dalam rakaman singkat itu.



Oleh kerana tiada tangga yang boleh digunakan untuk turun di kawasan itu, anggota penyelamat terpaksa menggunakan takal yang diikat dengan tali, untuk turun dan membawa naik mayat mangsa.



Apabila anggota penyelamat menemui mangsa, beliau dikatakan susah bernafas, kata polis.



Tangan kanan dan tengkoknya patah.



Anggota penyelamat cuba memulihkan pernafasannya selama kira-kira setengah jam, tetapi tidak berhasil.



Kolonel Polis, Encik Phuchong Narong-in, pegawai pemerintah balai polis itu, berkata pemandu pelancong memberitahu bahawa mangsa datang bersama sekumpulan pelancong yang dipandu oleh pemandu pelancongan jambatan Sungai Kwai.



Mangsa menaiki kereta api itu untuk melihat laluan 'keretapi maut' itu yang juga dikenali sebagai Keretapi Thai-Burma.



Mangsa dikatakan telah membuka pintu gerabak kereta api untuk mengambil gambar pemandangan luar, sebelum terjatuh.



Kereta api maut, yang menghubungkan Thailand dengan Burma (kini dikenali Myanmar), dibina dari 1940 hingga 1943 oleh buruh awam dan tahanan perang oleh tentera Jepun, bagi mengirim tentera dan senjata kepada askra-askar Jepun di Burma, semasa Perang Dunia Kedua.



Dianggarkan sekitar 180,000 hingga 250,000 orang awam warga Asia Tenggara dan lebih 60,000 tahanan perang tentera bersekutu telah dipaksa membina landasan kereta api itu.



Lebih 100,000 daripada mereka dikatakan mati.



Pihak polis Thailand berkata, mereka akan menghubungi kedutaan New Zeland di Bangkok untuk mengambil mayat mangsa untuk dikebumikan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >