JOHOR BAHRU: Ibu bapa yang anak mereka kini belajar di Singapura melahirkan kekecewaan kerana pengendali bas sekolah telah dua kali menaikkan tambang bas dalam tempoh tiga bulan berikutan kadar tol baru di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar dan Pusat Pemeriksaan Woodlands.
Pengedar akhbar, Cik Rachel Chan, 38 tahun, yang mempunyai anak perempuan berusia lapan tahun yang belajar di Singapura, berkata pengendali bas telah menaikkan kadar tambang sebanyak RM100 ($40).