PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Myanmar nekad mengelar lehernya dengan serpihan kaca selepas dipercayai kecewa apabila majikan tempat dia bekerja tidak mahu membayar gajinya, malam kelmarin.
Dia ditemui terbaring oleh orang ramai berhampiran pusat beli-belah di Mutiara Damansara di sini, dalam keadaan berlumuran darah kira-kira 7.30 malam, lapor Berita Harian Online semalam.