SANLIURFA (Turkey): Pejuang peshmerga Kurdi dari Iraq tiba di Turkey semalam dan sedang dalam perjalanan ke bandar Kobane, sebuah bandar strategik di sempadan Syria-Turkey, bagi menghadapi militan yang dikenali Negara Islam (IS), kata seorang pegawai Turkey semalam.
Turkey, yang menghadapi tekanan hebat daripada Amerika Syarikat, mengumumkan minggu lalu bahawa mereka akan membenarkan sekitar 150 pejuang dari wilayah Kurdi, Iraq, menyeberangi wilayahnya bagi menyertai pertempuran di Kobane.