Pengerusi Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) Cik Megawati Sukarnoputri, bakal membuat keputusan dalam perhimpunan kebangsaan yang akan diadakan pada lewat Mei 2024 mengenai kedudukan politik parti sama ada untuk menjadi sebahagian daripada pemerintah atau sebagai pembangkang.-
Foto AFP
Encik Ganjar Pranowo (paling kiri), calon presiden Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) bersama calon yang lain, Encik Prabowo Subianto (tengah) dari parti Gerindra, dan Encik Anies Baswedan. Suruhanjaya pilihan raya negara itu secara rasmi mengumumkan Encik Prabowo sebagai pemenang pilihan raya presiden di ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) di Jakarta, pada 24 April. PDI-P pula mendahului pilihan raya perundangan tetapi tewas di pilihan raya presiden selepas calonnya, Encik Ganjar Pranowo menduduki tempat ketiga.-
Foto REUTERS